Ticker

6/recent/ticker-posts

𝑴𝑨𝑱𝑳𝑰𝑺 𝑺𝑨𝑴𝑩𝑼𝑻𝑨𝑵 𝑴𝑨𝑼𝑳𝑰𝑫𝑼𝑹 𝑹𝑨𝑺𝑼𝑳 𝑺𝑨𝑾 1446𝑯 / 2024𝑴 𝑷𝑬𝑹𝑰𝑵𝑮𝑲𝑨𝑻 𝑫𝑨𝑬𝑹𝑨𝑯 𝑴𝑼𝑨𝑹



𝑴𝑨𝑱𝑳𝑰𝑺 𝑺𝑨𝑴𝑩𝑼𝑻𝑨𝑵 𝑴𝑨𝑼𝑳𝑰𝑫𝑼𝑹 𝑹𝑨𝑺𝑼𝑳 𝑺𝑨𝑾 1446𝑯 / 2024𝑴 𝑷𝑬𝑹𝑰𝑵𝑮𝑲𝑨𝑻 𝑫𝑨𝑬𝑹𝑨𝑯 𝑴𝑼𝑨𝑹 

16 SEPT 2024 | MASJID SULTAN IBRAHIM | MUAR

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1446H / 2024M bermula dengan peserta berhimpun dan perarakan bermula di hadapan Muar Traders sekitar jam 7.00 pagi dengan penyertaan lebih dari 40 kontigen.

Pegawai Daerah Muar, Tuan Haji Hasrin Kamal Bin Hashim telah menyampaikan ucapan Sambutan Maulidur Rasul pada kali ini manakala Kadi Daerah Muar, As-Syeikh Tuan Haji Suhaimi Bin Haji Rebu menyampaikan syarahan yang bertemakan “Al Falah, Pemacu Maju Johor”.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ahli Penasihat Majlis Jumaah Diraja Johor, iaitu Yang Berhormat Dato’ Dr Haji Nooh Bin Gadot, Yang Berhormat Dato’ Haji Obet Bin Tawil dan Yang Berhormat Dato’ Haji Ismail Bin Karim. 

Turut hadir, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri di Daerah Muar, Ahli-ahli Yang Berhormat Daerah Muar, Pegawai-pegawai Tadbir Negeri Johor bagi Daerah Muar, Penghulu-penghulu Mukim, Pemimpin Masyarakat serta penduduk sekitar Daerah Muar.

#MaulidurRasul2024
#Pejabatdaerahmuar
#Bandarmaharanibandardiraja



Catat Ulasan

0 Ulasan